Sunday, February 17, 2008

Kembali kepada Islam, rujuk Ulama - Tun Mahathir


GOMBAK, 16 Feb (Hrkh) - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyarankan umat Islam belajar daripada Ulama untuk mendapat pemahaman yang betul tentang ajaran Islam yang sebenarnya.

Kenyataan itu membuatkan hadirin memberi tepukan gemuruh kepada Penaung UIAM itu.

Semasa memberikan ucaptamanya di satu Program 'Global Peace : Crisis In Islamic World' di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) pagi tadi, Dr Mahathir turut berkata, tanpa Ulama umat Islam sukar untuk memahami Islam yang sebenarnya.

Beliau dijemput memberi ucaptama di UIAM sempena program Minggu Ummah 2008. Turut hadir ialah, Pengerusi UIAM, Tan Sri Sanusi Junid; kepimpinan akademik UIAM serta mahasiswa dari pelbagai negara yang menuntut di universiti tersebut.

Berucap lanjut Dr Mahathir mengingatkan supaya ummah merujuk kepada Ulama untuk memilih pemimpin termasuk dari sudut politik.

Malah, beliau mengingatkan peranan Ulama sejak 1400 tahun lalu yang dijadikan sumber rujukan dan beliau turut menyeru semua kembali kepada asas Islam merujuk kepada Al-Quran dan Hadis.

No comments:

Post a Comment