Di Malaysia di musim pilihanraya, memang banyak payung & kotak di tepi jalan dan ada pula ceritera suasana yang panas tentangnya. Begitu juga di Australia di musim pilihanraya, memang banyak payung & kotak di tepi jalan tapi di sana, di barat, ada kisah pencerahan yang cukup menarik tentangnya --- tentang suasana pilihanraya, payung & kotak di tepi jalan. Menelaahlah kisahnya berdasarkan pengalaman & pengamatan penulisnya di sana, di Australia, moga ianya bisa mencerahkan suasana di sini, di Malaysia. - ed.
Kotak itu adalah salah satu peti undi semasa Pilihanraya Umum di Queensland, Australia ketika itu. Hanya seorang duduk menjaganya. Terletak di tepi jalan supaya mudah pengundi yang memandu atau lalu lalang di situ untuk membuang undi. Di antara mereka yang singgah mengundi di kotak itu, ada yang pulang dari membeli belah di kedai-kedai berhampiran. Hari itu tenang, setenang hari-hari lain sepanjang musim Pilihanraya tanpa perhimpunan, ceramah apatah lagi buuu membuuu, penyelewengan atau penipuan. Begitulah suasana musim Pilihanraya Umum yang pernah aku saksikan sendiri di sana. Peralihan atau pertukaran parti yang akan memerintah sudah menjadi lumrah mereka, menuju kepada pentadbiran oleh kerajaan baru yang lebih layak dan akan lebih memberikan menfaat kepada Pengundi.
Setiap 4 tahun rakyat ditabal menjadi Hakim Negara dalam Mahkamah Pilihanraya. Hasilnya, rasuah dan penyelewengan wang rakyat sangat jarang kedengaran. AMATILAH PILIHANRAYA DI SINI
No comments:
Post a Comment