Showing posts with label ulamak. Show all posts
Showing posts with label ulamak. Show all posts

Sunday, February 17, 2008

Kembali kepada Islam, rujuk Ulama - Tun Mahathir


GOMBAK, 16 Feb (Hrkh) - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyarankan umat Islam belajar daripada Ulama untuk mendapat pemahaman yang betul tentang ajaran Islam yang sebenarnya.

Kenyataan itu membuatkan hadirin memberi tepukan gemuruh kepada Penaung UIAM itu.

Semasa memberikan ucaptamanya di satu Program 'Global Peace : Crisis In Islamic World' di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) pagi tadi, Dr Mahathir turut berkata, tanpa Ulama umat Islam sukar untuk memahami Islam yang sebenarnya.

Beliau dijemput memberi ucaptama di UIAM sempena program Minggu Ummah 2008. Turut hadir ialah, Pengerusi UIAM, Tan Sri Sanusi Junid; kepimpinan akademik UIAM serta mahasiswa dari pelbagai negara yang menuntut di universiti tersebut.

Berucap lanjut Dr Mahathir mengingatkan supaya ummah merujuk kepada Ulama untuk memilih pemimpin termasuk dari sudut politik.

Malah, beliau mengingatkan peranan Ulama sejak 1400 tahun lalu yang dijadikan sumber rujukan dan beliau turut menyeru semua kembali kepada asas Islam merujuk kepada Al-Quran dan Hadis.

Sunday, January 27, 2008

Wakil Syaitan, Perumpamaannya Saperti Anjing


Cuplikan dari kitab an-Nashaih ad-Diniyah wal-Washaya al-Imaniyah karya Imam Habib Abdullah Haddad –ed.

Sebahagian dari orang-orang yang berlimu, sudahlah tidak beramal dengan ilmunya, atau mengajarkannya kepada orang lain, mereka suka pula menyeru kepada yang serong dengan menjual ilmunya untuk mendapat habuan dunia. Mereka gemar membuka pintu takwil (interpretasi) dan menunjukkan kepada orang-orang awam cara-cara yang mudah untuk menentukan sesuatu hukum agama, sehingga terbukalah jalan untuk membelit atau menipu, supaya mereka dapat mengelakkan diri dari mengeluarkan hak-hak yang diwajibkan ke atas mereka oleh agama, ataupun untuk merampas hak-hak orang lain.

Orang berlimu yang bersikap saperti ini, ialah syaitan yang durjana, pengingkar dan penentang Allah SWT dan Rasul-Nya. Sebenarnya ia telah dilantik oleh syaitan untuk menjadi wakilnya di dunia, agar ia bisa menabur fitnah dan menunjuk kepada kesesatan dan kekeliruan dengan menjual ilmunya untuk mendapat habuan dunia.

Dan bacakanlah kepada mereka berita orang yang Kami berikan keterangan-keterangan Kami kepadanya. Kemudian dibuangkannya dengan menjadikan dirinya terkeluar dari mematuhinya, lalu ia didatangi syaitan, maka dia itu termasuk orang-orang yang sesat jalan. [7:al-a’raf:175]

Dan kalau Kami kehendaki nescaya Kami angkat kedudukannya (sebab mengamalkan) ayat-ayat itu, tetapi dia bermati-matian cenderung kepada dunia dan menurut hawa nafsunya; maka perumpamaannya adalah saperti anjing, kalau engkau menghalaunya dihulurkan lidahnya, dan jika engkau biarkan dihulurkan juga lidahnya. Demikianlah perumpamaan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat kami. Maka ceritakanlah kisah-kisah itu supaya mereka berfikir [7:al-a’raf:176]

Orang ini dipandang oleh Allah SWT sama saperti anjing dalam kelakuannya yang buruk dan hina. Kalau tidak, tentulah anjing itu lebih utama daripadanya, sebab anjing sesudah mati akan menjadi tanah, akan tetapi ia akan diseret kepada api neraka.

Baca minda berkaitan: Kita Ketandusan Kejujuran Ulama Dan Keikhlasan Umara, kemudian teliti CIP Anwar: Keengganan Suruhanjaya Menerima Bukti Menghakis Keyakinan, juga CIP Al-Qaradawi dikafir oleh kumpulan Ahbash, digelar sebagai anjing oleh kumpulan Salafi.