Sunday, April 6, 2008

islamic state: Nik Aziz selar kenyataan Karpal Singh perlekeh usaha bangunkan Islam

Nik Aziz selar kenyataan Karpal Singh perlekeh usaha bangunkan Islam
KOTA BHARU 6 April — Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menganggap kenyataan Pengerusi DAP Karpal Singh meminta agar PAS tidak memasang angan-angan untuk menunjangi Pakatan Rakyat kerana khuatir ia akan menegakkan negara Islam, sebagai memperlecehkan usaha membangunkan Islam oleh kerajaan Kelantan.
Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan meminta Karpal Singh memberikan bukti di mana kelemahan PAS yang telah mentadbir Kelantan mengikut acuan Islam selama 18 tahun itu.
"Saya nak tahu apa tak kena Islam dan apa lagi yang dia (Karpal Singh) tak setuju Islam. Semua masyarakat bukan Islam gembira berada di bawah kami (PAS),” katanya kepada pemberita selepas menerima lawatan Duta Besar Jepun ke Malaysia, Masahiko Horie di pejabatnya di sini, hari ini.
Minggu lalu, Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yaakob berkata PAS wajar menjadi tunjang kepada Pakatan Rakyat yang dibentuk oleh parti- parti pembangkang sekiranya ia mahu merealisasikan impian menubuhkan sebuah negara Islam.
Ahmad berkata impian itu akan hanya tercapai akhirnya jika semua pihak memahami dan menerima konsep Islam yang sebenar, yang merupakan agama untuk semua umat manusia.
Nik Aziz menjemput Karpal Singh melawat Kelantan dan melihat sendiri pembangunan di negeri itu yang dibangunkan mengikut acuan Islam.
“Saya tanggung kos penginapan hotel. Tak payah jumpa saya pun tidak apa, jumpalah masyarakat bukan Islam di Kelantan dan lepas itu beritahu apa yang tidak baik dengan Islam ini,” katanya. Nik Aziz berkata sistem kewangan Islam yang diterapkan kerajaan Kelantan juga telah diikitraf oleh pakar-pakar ekonomi seluruh dunia dan sejak Kelantan di perintah PAS banyak penambahbaikan telah dilakukan termasuk penghapusan riba dan mewujudkan pajak gadai Islam.
"Bukan itu sahaja, masyarakat bukan Islam juga diberi hak dengan dilantik sebagai penyelia masyarakat dan saya nak tanya dimana tidak baiknya apa yang kami buat ini,” katanya.
Beliau berkata masyarakat bukan Islam juga tidak pernah dipaksa untuk memeluk agama Islam dan sejak penerapan nilai Islam oleh PAS itulah menyebabkan kaum lain merasa selesa di bawah pemerintahan PAS.
Mengulas kunjungan Masahiko itu, Nik Aziz berkata duta itu tertarik dengan kerajinan wanita Kelantan mencari nafkah yang berbeza di tempat lain.
"Saya jemput duta itu untuk melawat Pasar Besar Siti Khadijah dan Pasar Borong Wakaf Che Yeh untuk melawat dari dekat kerajinan wanita Kelantan ini,” katanya.
sumber: BERNAMA via utusan

Saturday, April 5, 2008: Karpal takes Pas Youth to task
By Mazlinda Mahmood news@nst.com.my
KUALA LUMPUR: DAP chairman Karpal Singh yesterday slammed Pas Youth for suggesting that the Islamist party use the Pakatan Rakyat as a springboard to an Islamic state.
Reiterating his stand, Karpal said Pas should accept the provision in the Federal Constitution and judicial pronouncement by the Supreme Court in 1988 that Malaysia was a secular state and not an Islamic one.
He was responding to Kelantan Pas Youth's support for Deputy Menteri Besar Datuk Ahmad Yaakub's proposal that Pas become the backbone of the new opposition coalition to realise the objective of establishing an Islamic state.
Yesterday, the Kedah and Terengganu Pas Youth echoed Kelantan's position, with national Youth vice-head Azman Shapawi Abdul Rani saying the party should anchor the coalition as it had been in existence for much longer than Parti Keadilan Rakyat and the DAP.
"Pas should be realistic and practical to ensure that the Pakatan Rakyat is not derailed by public statements in the nature of wanting to turn Malaysia into an Islamic state," Karpal said."In any event, Pas has only 23 seats to the DAP's 28 and PKR's 31. I cannot see how Pas can make such a claim," he said.
In Kedah, Pas Youth head Musaddak Ahmad said he was confident of Pas' ability to lead the coalition by highlighting the Islamic concept in national administration. "As such, Pas should become the backbone of the coalition to realise the objective of forming an Islamic state," he said.
PKR vice-president Mohamad Azmin Ali said the formation of Pakatan Rakyat was based on a common agenda and the Islamic state was not part of it."The Islamic state was not one of the issues discussed and agreed upon by the top leadership, even by Pas, as the consensus was to work on a common platform," he said.
Azmin said Pas had the right to express its views."But, ultimately, the top leadership must agree on the basis for the formation of the new alliance and the fact remains that the coalition must work based on consensus and principles which have been agreed upon by all parties." - NST

No comments:

Post a Comment