Sunday, August 31, 2008

Ali, Tong Seng & Ramasamy Menemui Kembali Erti Kemerdekaan di Permatang Pauh


Ali, Tong Seng & Ramasamy telah menemui kembali erti kemerdekaan di Permatang Pauh. Begitulah gambarannya sebagaimana diceritakan oleh sheikh-sheikh kami di sana. Mereka melihatnya begitu.
Mereka terkenang kembali akan cerita muhibbahnya Ali, Tong Seng dan Ramasamy... begitu juga Salmah, Ah Moi dan Kumari. Mereka cukup gumbira. Tapi apa yang tidak mengumbirakan mereka adalah Ali-Ali di bawah ini… semua maklum akan el-kisahnya. Mutalaah perutusan hari kemerdekaan mereka, pasti akan terjumpa sesuatu.

Menemukan Kembali Erti Kemerdekaan
31 Ogos ini genaplah 51 tahun berdirinya Malaysia sebagai sebuah negara yang merdeka dan berdaulat.
Semenjak dari tarikh keramat kemerdekaan, kita rakyat Malaysia telah lalui bersama saat-saat sukar dan detik kejayaan. Kita menaruh harapan untuk melihat Malaysia yang adil, makmur dan perkasa.
51 tahun lalu rakyat negara ini telah membuat pilihan untuk berdiri sendiri, bebas dari pemerintahan penjajah, bersetuju bahawa negara ini ialah negara hukum yang mengamalkan sistem raja berperlembagaan dan demokrasi berparlimen. Rakyat Malaysia membuktikan mereka berani untuk memilih dan membuat keputusan. Memilih yang terbaik buat Malaysia.
Namun genap 51 tahun merdeka kita sekali lagi berada di persimpangan. Kita melihat perlembagaan diperlekehkan, demokrasi diinjak dan institusi kenegaraan dijadikan alat penguasa.
Sudah tiba masanya kita rakyat Malaysia membuat pilihan untuk menemukan kembali erti kemerdekaan negara ini. Adalah menjadi tanggungjawab kita sekarang untuk memastikan demokrasi bernafas semula di negara ini, keluhuran perlembagaan kembali dijunjung dan kedaulatan undang-undang terbina kukuh.
Marilah kita perbaharui persetujuan yang kita buat bersama 51 tahun dahulu; memastikan negara Malaysia ini kekal bebas dan merdeka.

ANWAR IBRAHIM
Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat
Ketua Pembangkang Dewan Rakyat
Ahli Parlimen Permatang Pauh

Perutusan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi Sempena Hari Kebangsaan Ke-51

Perutusan Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad Sempena Hari Kebangsaan Ke-51

Perutusan Presiden PAS Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang Sempena Ulangtahun Kemerdekaan ke-51

"Sesungguhnya Allah memerintah supaya kamu menunaikan amanah kepada ahlinya dan apabila kamu menjalankan hukum di kalangan manusia hendaklah melaksanakan hukum itu dengan adil. Sesungguhnya Allah memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa mendengar lagi sentiasa melihat. Wahai orang-orang yamng beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasul dan ulil amri (orang-orang yang mengendalikan urusan yang terdiri daripada pemimpin dan ulamak). Maka jika sekiranya kamu bertelingkah dalam apa-apa perkara, hendaklah kamu kembalikan penyelesaiannya kepada Allah (al Quran) dan Rasul (as Sunnah), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan Hari Akhirat. Itulah sebaik-baik dan lebih elok penyelesaiannya." [4:An-Nisa’:58-59]

Selamat menyambut ulangtahun kemerdekaan negara yang ke-51, "Perpaduan Teras Kejayaan" dengan izin Allah SWT.

No comments:

Post a Comment