Thursday, August 14, 2008

Hoorah!.. “Merdeka! Merdeka! Merdeka!”

gambaq hiasan: laungan merdeka tunku abdul rahman – bapa kemerdekaan malaya
P44 Permatang Pauh: Anwar umum slogan “Merdeka”
Khamis, 14 Ogos 2008 •
PERMATANG PAUH, 14 OGOS (SK)- Jentera KeADILan lebih bersemangat apabila calon KeADILan, Anwar Ibrahim mengumumkan slogan “Merdeka” bagi pemangkin kemenangan pilihan raya kecil P44 Permatang Pauh.
Ketika mengumumkan didalam satu taklimat jentera parti yang diadakan di Bilik Gerakan Pusat di Yayasan Aman Permatang Pauh malam tadi, slogan berkenaan merangkumi pelbagai aspek.
“Ini medan untuk kita merdeka, malam ini saya nak (mahu) isytiharkan moto kita merdeka. Bulan ini bulan ogos, kita merdeka, kita tuntut kemerdekaan. Itu motto kita.
kita hendak merdeka dari kezaliman,
kita hendak merdeka dari rasuah,
kita nak merdeka dari penindasan,
kita nak merdekakan rakyat supaya keadilan tertegak,” katanya.
Mesyuarat yang turut dihadiri oleh Ahli-ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT), Ahli-ahli Parlimen KeADILan, Ketua-ketua Perhubungan Negeri dan beberapa Ketua Bahagian dari serata Malaysia, Anwar mengulangi bahawa pilihan raya ini akan dijadikan medan untuk Barisan Nasional melemparkan fitnah kepada beliau.
Menurut Anwar, beliau akan dituduh menjadi alat kepada kaum Cina, namun Anwar menegaskan beliau rela menjadi alat kepada seluruh masyarakat Malaysia.

komentar: Wow!.. Brader Anwar, kami cukup gembira membaca berita ini. Tepat sekali sasarannya slogan itu – terus menusuk ke dalam lubuk hati, kami kira, semua rakyat Malaysia: Melayu, Cina, India, Kadazan, Iban dsbnya. Kalo dulu Tunku Abdul Rahmaan digelar Bapa Kemerdekaan Malaya dek keramatnya slogan Merdeka ini, maka kini dengan slogan Merdeka itu juga, saudara layak pula digelar sebagai Bapa Kemerdekaan Malaysia. Tidak pernah ada sesiapa pun pimpinan selepas Tunku, seingatan kami, mempopularkan slogan ini, melainkan pada bulan perayaan kemerdekaan Augustus sahaja. Saudaralah yang pertama, maka saudara cukup layak mendapat gelar Bapa Kemerdekaan Masyarakat Malaysia pada Hari Malaysia 16 September mendatang yang mana, kami difahamkan, adalah sasaran saudara dalam Pelan Hari Malaysia saudara menakluki Putrajaya. Tahniah! Kami menanti saudara dan tim saudara di Putrajaya.

No comments:

Post a Comment