klik pada gambaq: Shahrizat nak balas dendam kalah di Lembah Pantai hari tu!
BN terdesak hingga isytihar jihad
Bashir Ishak, harakahdaily Tue Aug 12, 08 3:42:00 pm MYT
KANGAR, 12 Ogos (Hrkh) - Umno-BN semakin terdesak dan mengelirukan untuk menghadapi pilihan raya kecil parlimen Permatang Pauh sehinggakan sanggup mengisytiharkannya sebagai satu jihad.
Sebuah akhbar berbahasa Inggeris hari ini melaporkan Timbalan Ketua Pegerakan Wanita Umno, Dato' Seri Shahrizat Abdul Jalil mengisyhtiharkan demikian di Pulau Pinang dengan alasan untuk menghalang seorang individu bercita-cita tinggi mencapai impiannya dan kejayaan peribadi.
Kata Shahrizat lagi, pilihan raya kecil tersebut bukan sahaja penting untuk Barisan Nasional tapi juga untuk seluruh negara dan rakyatnya.
Begitu juga katanya, pilihan raya ini adalah satu jihad bagi menyekat individu yang boleh menggugat kestabilan politik negara dan membawa negara ke arah kehancuran.
Mengulas kenyataan tersebut, Ketua Dewan Pemuda PAS Perlis, Ustaz Ya'akub Abu Seman menyifatkannya sebagai satu kenyataan yang pelik dikeluarkan oleh golongan yang terdesak.
"Layakkah mereka bercakap tentang jihad? Wanita Umno perlu berusaha berjihad melawan hawa nafsu mereka dulu dengan menuruti perintah Allah. Tak payah bercakap bab jihad kalau masih ramai ahli wanita Umno yang belum menutup aurat. Ajak mereka tutup aurat dulu barulah cakap tentang jihad," katanya.
Menurutnya lagi, amat menggelikan hati apabila mendengar Umno bercakap tentang jihad sedangkan dasar perjuangan mereka adalah menyimpang dari apa yang dikehendaki agama.
"Mereka bukannya mahu kepada Islam, dasar mereka adalah kebangsaan dan assobiyyah. Bagaimana Shahrizat boleh katakan ini satu jihad? "Lihat balik segala kebobrokan yang berlaku di negara ini, penyelewengan, pecah amanah, membazirkan harta negara, bukankah semua ini hasil tangan-tangan Umno-BN yang selama ini memerintah negara?," soalnya.
Justeru beliau, menyeru agar para pengundi di Permatang Pauh agar tidak terkeliru dengan kenyataan-kenyataan sebegini yang jelas menunjukkan Umno/BN semakin terdesak bagi menghadapi pilihanraya kecil tersebut. - mks._
No comments:
Post a Comment