SAH, tanpa ragu-ragu… Anwar menang besar: Majoriti 15,671 – Hurrah!.. Kita Menang! We Won!
Ternyata el-Permatang Pauhi telah menyahut seruan Merdeka Anwar sempena bulan Merdeka ini mendakap semangat merdeka yang sebenar di dada masing-masing untuk Merdeka dari kesengsaraan hidup aqibat KKN yang menghambat pembangunan negara dengan mengundi beliau sebagai wakil mereka di Parlimen.
Dengan menghantar beliau balik ke Parlimen, langkah demokratik terakhir di kalangan rakyat telah termakbul – syukur al-hamdulillah . Kini, langkah seterusnya adalah tindakan parlimen Anwar memenangi hati dan fikiran Ahli-ahli Parlimen BN untuk menyeberang ke kem beliau, Pakatan Rakyat, bagi menggapai matlamat menakluki Putrajaya pada 16 September mendatang – insya’Allah.
Rakyat melalui el-Permatang Pauhi telah membuka jalan buat Anwar ke Parlimen, maka kini adalah menjadi tanggungjawab Ahli-ahli Parlimen pula untuk membuka gate buat beliau ke Putrajaya.
Adalah amat bijaksana bagi Ahli-ahli Parlimen BN memberi laluan mudah buat Anwar ke Putrajaya dengan menyahut seruan beliau menyeberang ke kem Pakatan Rakyat sebagaimana rakyat melalui el-Permatang Pauhi menyahut seruan beliau menghantar beliau balik ke Parlimen buat meneruskan perjalanan menakluki Putrajaya.
Setelah rakyat melalui el-Permatang Pauhi menitip Anwar di Parlimen maka janganlah pula Ahli-ahli Parlimen melengah, apatah lagi menyekat perjalanan beliau ke Putrajaya, nanti ditakuti… rakyat mendahului dengan tindakan yang tidak berparlimen dan tidak demokratik – na’uzubillah min zalik.
malaysiakini’s report: Now we have reason to celebrate Merdeka

No comments:
Post a Comment