Saturday, October 18, 2008

Majlis Raja-Raja: Jangan sekali-kali cabar kontrak sosial





Ini kali pertama Mesyuarat Majlis Raja-Raja mengeluarkan satu kenyataan akhbar khas mengingatkan jangan sesiapa mempertikai dan mempersoalkan perkara-perkara yang menjadi asas utama pembentukan negara Malaysia dan dalam Perlembagaan Persekutuan termasuk hak istimewa orang-orang Melayu. Majlis Raja-Raja menegaskan bahawa setiap peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan telah melalui proses perbincangan, pertimbangan, konsultansi, pengorbanan dan sifat tolak ansur yang sangat tinggi nilainya bagi apa yang telah diperjuangkan, diperbincangkan, dipertimbangkan, dimanfaatkan serta dipersetujui oleh semua pihak yang terlibat, sehingga wujudnya peruntukan-peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan yang dikenali sebagai Social Contract.— teks & foto ehsan: agendadaily


Setelah kami mutala’ah kenyataan akhbar khas Majlis Raja-Raja maka tidak ada du’a kami selain ucapan: “Ya Tuhan kami, ampunilah dosa-dosa kami dan tindakan-tindakan kami yang berlebih-lebihan dalam urusan kami, dan tetapkanlah pendirian kami, dan tolonglah kami menghadapi kaum yang tidak beriman.’ [3:ali imran:147]

No comments:

Post a Comment