Komodifikation merupakan suatu tahap dalam pelan pembangunan sosio-ekonomi dimana produk dan/atau servis dalam aspek-aspek tertentu yang dilihat dan dikenalpasti menarik dan bernilai dalam komuniti dipakej and dijual sebagai pakej ekonomi guna meningkat dan menambah punca pendapatan bagi komuniti terlibat.
Bertolak dari pemikiran ini, program komodifikation bertema pelancongan dengan jenama lokalnya homestay yang serupa dengan program global farmstay di New Zealand dan Jerman telah dilaksanakan di Malaysia sejak 1995.
Program lokal homestay di Malaysia pada masakini dikategori sebagai komponen penting dalam industri pelancongan negara, dan ia juga dikenalpasti sebagai pemangkin bagi pembangunan luarbandar dimana projek nilai tambah ekonomi desa diperkenalkan.
Program homestay@Banghuris telah diiktiraf sebagai Top Achiever dalam kategori program homestay di Malaysia. Ternyata Banghuris mendahului dan menunjuk jalan dalam merealisasikan konsep glokal komodifikation, tanpa ragu-ragu.
Dari pemikiran global yang diilhamkan dari farmstay di New Zealand dan Jerman, kini ternyata ianya dapat diemulate dan dilaksanakan dengan jayanya di lokal - di Banghuris, di Selangor, di Malaysia.
Inilah contoh kejayaan pemikiran glokal yang diwar-warkan pemerintah masakini yang patut dibesar-besarkan dan dimegah-megahkan cerita kejayaannya.
muatan dari nota banghuris hasil diskusi pendek dgn raja jeep tatkala beliau stopover di café kami.
ReplyDelete