Sunday, November 23, 2008

‘Penyatuan Diri Dengan Tuhan’

Matlamat amalan yoga adalah kearah penyatuan diri dengan tuhan. "Amalan yoga yang berasal dari masyarakat Hindu mempunyai tiga peringkat,
  1. peringkat pertama adalah fizikal iaitu senaman,
  2. peringkat kedua adalah mentera dan pemujaan bagi mendapatkan ketenangan dan
  3. peringkat ketiga adalah penyatuan diri dengan tuhan.
"Oleh itu ahli muzakarah bersetuju memutuskan bahawa apa jua jenis atau bentuk amalan yang mengandungi unsur-unsur tersebut adalah dilarang dan bertentangan dengan ajaran Islam," kata Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan kepada pemberita di Putrajaya kelmarin.

Majlis Fatwa Kebangsaan kelmarin mengharamkan umat Islam mengamalkan yoga secara sistematik, yang melibatkan unsur-unsur fizikal dan spiritual kerana ia bertentangan dengan syariat Islam.

Pengerusinya Datuk Dr Abdul Shukor Husin bagaimanapun berkata, amalan fizikal iaitu senaman dalam yoga, tanpa adanya unsur-unsur mentera dan pemujaan pada zahirnya tidak menjadi kesalahan.

Namun, menurut laporan Bernama yang dipetik Malaysiakini, beliau berkata, ia tidak digalakkan kerana dikhuatiri boleh menghakis akidah seseorang Muslim memandangkan ia merupakan salah satu komponen daripada keseluruhan amalan yang diharamkan itu.

Keseluruhan amalan yoga, pada pandangan kami, matlamatnya ada persamaan dengan amalan tareqat berfahaman Wahdatul Wujud yang mana telah lama difatwakan haram. Maka dalam program kesedaran yang dirancang akan diperluaskan ke seluruh negara nanti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) harus juga memperjelaskan tentang fahaman Wahdatul Wujud ini serta amalan-amalan tareqat yang berkaitan dengannya.

No comments:

Post a Comment